Saturday, October 31, 2009

ATTENTION-Birthday!


Happy Birthday to mummy Miss Presiden kita,Puan Latifah @ Long Gayah Mat2u yang selalu GORGEOUS..Semoga panjang umur dan bahagia selalu serta diberkati ALLAH..akhir kata,saya selaku ahli Gorgeous yang jauh di bumi kenyalang ini,mewakili semua ahli Da Gorgeous Mat2u mengucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke?? buat Mak Long kami yang tersayang..adioss..

Wednesday, October 28, 2009

Project Tee Shirt D'Gorgeous


Salam buat Semua

Seperti yang semua pembaca blog nie tahu D'Gorgeous dah mula dengan project t'shirt club so kami bercadang agar semua club member akan bersetuju dengan plan ini.

Yang bukan club member pun boleh mengorder t'shirt kami nanti as we plan to do in 2 stlye satu untuk member dan satu lagi untk non member the different is only the name at the back we will show u the sample of our design once it is ready. Our designer will be Ms Norli blogmaster frm Longgayah Mat2u.

Once design dah di persetujui kami akan menunjuk kan nya dlm blog ini so sesiapa yang berminat boleh la hubungi kami Presiden/Vice Presiden/Secretary club utk tempahan. Cost t'shirt adalah di tanggung oleh yg menempah ya tapi cost penghantaran akan di fikirkan oleh kami nanti.

TQ

Monday, October 26, 2009

D'Gorgeous Club_T-Shirt...

PRE_Design Our D'Gorgeous T-SHIRT
Posting kali ini kita citer ttg our project arr..Project t-shirt..
Kak lin... Ini hanya lakaran semata-mata... kalau nak diikutkan Tshirt maner ada warna silver selain warna Tshirt nie kan.As our conversation Kak Lin tolong arr reka.Sara percaya kak lin akan reka yang gempak punyer kalah kan Rizal Riezalman..hahaha..Xpun kalahkan Benard Chandran ker..Reka jangan x reka..Biar gempak..Sebagai contoh Layout dibawah..Kita buat dulu design later kita discuss untuk Quatation ngan Datin Maria plak..Kita kena cepat sebab the Event tinggal sebulan jer..

Our 3G...Gempak..Gosip...Gerek dan Gorgeous....hahahaha..

Announcement Buat Da Gorgeous


Hai! Salam buat semua


Hope all Da Gorgeous member's are doing well.


Saya selaku Presiden Club dan Vice Presiden club telah berbincang dan bersetuju yang pada majlis pertunangan ahli club Ms. Sheena nanti Da Gorgeous nak tempah T'shirt sedondon untuk semua ahli so ini bagi memperkenalkan lagi club kita di mata dunia....hidup kita.


Di harap semua ahli club member bersetuju dan di minta Ms adik pengantin memfreekan diri agar kita dapat berbincang dengan lebih lanjut tentang t'shirt club kita nie. Sesiapa yang bukan ahli boleh tempah juga tapi t'shirt tersebut akan dicatatkan sebagai fan club Da Gorgeous la yea dan bukan member. Cost terpaksa la tanggung sendiri tak kira ahli atau bukan ahli sebab belum ade lagi mane2 pihak vvip yang nak menajanya. Harap maklum


Contoh T'shirt akan di cipta oleh Ms. Vice Presiden dan akan di upload kan didalam blog nanti.


Sampai kat sini yea dulu bye bye Salam buat semua muaahhh

Saturday, October 24, 2009

Di sini Sejarah Kami Bermula

Pada mulanya blog ini di cipta hanya untuk suka2 shj tapi bila di fikir2kan ada baiknya jika saya mengisi ruangan yang ada untuk bercerita tentang keluarga Mat2u yang saya bangga-banggakan selama ini tanpa berbelah bagi. Mungkin yang membaca dah tahu akan kisah hidup ini tapi tak kisah la saya menulisnya kembali dari nukilan rasa hati. Buat tatapan pembaca yang datang bertandang mengisi masa terluang.



Chapter One - Pengenalan

Mat Tuyu





Nama Mat Tuyu adalah gelaran bagi arwah Tok Abah (Muhammad B. Hamzah) ketika hayatnya.


Tok Abah telah berkahwin dengan Tok Long dan kemudian Tok De. Dikurniakan 10 orang anak dan di berikan Allah pada mereka Mak Unggal anak kepada arwah adik atok yang telah meninggal dunia lebih awal. Dari kecil dijaga oleh arwah Tok Long dan Mak Unggal disayangi tanpa beza dlm keluarga ini malah Tok Long lebih selesa dijaga Mak Unggal ketika hayatnya.


Arwah Tok Abah cuba berlaku adil sepanjang kehidupan di lalui selepas beristeri dua dan mungkin kerna keikhlasan hatinya Allah memberikan apa yang sepatutnya. Kedua2 isteri Tok Abah di berikan zuriat yang sama bilangannya 4 lelaki dan seorang puteri. Dan anak-anak ini seolah-olah mengerti yang mereka adalah adik beradik sejati tanpa ada rasa dendam dan iri hati walupun kehidupan telah terbahagi kerana mereka seolah-olah tahu yang sebanyak mana kasih-sayang yang dicurahkan oleh abah mereka sudah pasti ia tidak akan pernah habis ditelan masa. Kasih yang di beri kan tetap sama sesama mereka dan tidak pernah pudar walau ke hujung nyawa.


Semasa mudanya Tok Abah bekerja sebagai seorang posmen dan ada ketika nya di panggil untuk memasak di rumah orang kahwin. Tok Abah pandai masak nasi minyak masakannya selalu dipuji oleh masyarakat setempat. Walaupun nampak garang Tok Abah disenangi oleh semua orang. Dengan kehidupan yang serba kekurangan Tok De membantu bekerja menganyam atap rumbia dan Tok Long dirumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak semuanya. Walaupun tak sesenang mana kehidupan di bina anak-anak tetap di sekolahkan mengikut minat dan kepandaian masing-masing tidak satu pun di pingir oleh mereka.

Dari awal kehidupan perkahwinan bermadu, mereka bertiga telah bertolak ansur menjalankan tanggung jawab didalam membesarkan anak-anak dalam keluarga ini. Tanpa perlu diajar anak-anak mengerti bahawa ini la dunia mereka dan ini la keluarga mereka tanpa ada rasa berbeza.

Selepas waktu persekolahan semua anak-anak akan balik kerumah Tok Long dan Tok De akan datang mengambil anak-anaknya selepas waktu kerja untuk di bawa pulang. Semasa anak-anak masih kecil Tok Long dan Tok De tinggal di rumah yang berasingan tetapi tak la jauh mana rasanya. Jadi begitu la rutin kehidupan dilalui bagi membesarkan anak-anak tercinta.

Keharmonian rumahtanggan dapat dikekalkan kerana arwah Tok Long isteri pertama seorang yang baik hati dan mungkin tiada perkataan cemburu atau iri hati padanya. Walupun di madu Tok long menerima takdir dengan redha dan dengan hati terbuka. Perjalanan kehidupan rumahtangga dilalui dengan sempurna. Inilah kunci kejayaan bersatunya keluarga kami "Tok Long". Isteri pertama yang sanggup menerima segalanya seadanya dengan rela. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasanya yang tak dapat dikira dek jari. Dan Tok Abah pula cuba sebaiknya untuk menjadi suami yang bertanggung jawab keatas keluarganya dan cuba berlaku adil keatas kedua-dua rumahtangga yang dibina.

Doa kami agar arwah di cucuri rahmat dan di golongkan dengan orang2 yang beriman hendaknya di sana dan agar arwah berdua sedang bersanding-sandingan bersama-sama dengan gembira.... Amin .......... Al fatihah buat mereka yang telah tiada.

Besambung.....................

Attention 2


(contoh color gold)
Salam Semua n Good Morning

Ok Da Gorgeous nak berciter pasal majlis pertunangan Sheena lagi lah pagi nie. Seperti yang di war2 kan oleh Ms. Adek bakal pengantin tema adalah Silver n Gold. Klau boleh semua Da Gorgeous ikut tema yang di berikan dan kita semua pakai tema yang sama ala-ala ahli koir gitu.

Tapi Presiden masih tak dapat bayangkan baju ape yang boleh kita pakai supaya kita ikut tema, vogue dan jadi center of attaction sebab saya sendiri rasenya takde baju kaler gold nie kalau cokelat ker unggu ker hijau ker adalah kalau nak di recycle. Takpe akan di perbincangkan lagi dengan adek bakal pengantin mungkin kita orang boleh beli satu kayu kain buat baju takpun tempah jer la T'shirt untuk semua ahli " DA GORGEOUS CLUB " gempak gak nie.

Majlis kali ini takpayah nak masak so mestil la pakai catering kut jadi semua ahli Da Gorgeous boleh la melaram dan snap2 picture jer la buat masuk dalam blog nie.......... suka gitu.
Bukan senang ahli2 Da Gorgeous dapat berehat melaram2 nie sbb nya almaklum la kita orang dara2 sunti lagi mithali lagi penyeri so selalunya kena buat kerja2 orang pompuan jer la.
Apa-apa pun kita semua nantikan aje la perancangan yang akan di atur semoga majlis ini meriah so dari saya Presiden Club have a good weekend.








Friday, October 23, 2009

aTTeNTiOn..

kepada semua ahli kelab the gorgeous..
ni bukan sesi luahan hati tapi cuma ingin menyampaikan apa yg tersirat dalam hati ni..
beruntung kita di lahir kan dalam famili..besar,ramai,bijak,cantik,hensem dan macam2 lagi sebenarnya..hehehe..
bukan tu yg nak diceritakn sebenarnya..tapi sbg adik kepada bakal tunangan org(shena), korang mesti tau sape kan..hehehe..cuma nak sampaikan ckit info je..pihak famili kami tak kisah if u all x dapat nak ikut tema kami..yg penting korang semua dapat hadir bagi memeriahkan majlis tu nanti..insyallah, time korang datang tu x perlu nak masak2 kot..masih dalam perbincangan lagi..
yang pasti u all ahli2 club lau bleh pakai lah wana sama..lau presiden pakai silver, so semua ahli club pakai silver tau..baru klassssss....
adiooosss...mmmuuuaaahhh..

Keluarga Mat2u Dari Pandangan Da Gorgeous


Salam buat Semua

Tak kira la orang nak kata blog nie takde wawasan ke ape ker lantak korang la sbb blog nie Da gorgeous yang punya so ikut suka hati kita orang la nak buat ape yea. bagi sape2 yang nak blog berwawasan mendatangkan faedah pada masyarakat cari la blog lain dalam internet.

So lantak la korang yang tak suka tapi yang suka moh baca yang nak di cerita.

Keluarga Mat2u merupakan satu keluarga besar yang mungkin ujud dlam masyarakat di seluruh dunia tak kira di mana2 sekali pun. Akan tetapi keujudan nya mungkin tak seberapa bilangannya sebab keunikkan yang ada.

Keluarga Mat2u ujud dari 2 perkahwinan yang kekal abadi hingga keakhir hayat. Dengan 2 perkahwinan ini telah melahirkan 2 keluarga yang berbeza cuma dari segi tatacara tuturkata dan perangai cuma.

Dari mula celik mata kami cuma tahu yang semua pak sedara adalah pak sedara kami dan semua mak sedara adalah mak sedara kami. Kami ada Tok Long dan kami ada Tok De dan kami tidak mengerti ape itu perkataan Tiri dalam kamus kehidupan kami sampai kini.

Mungkin kehidupan terdahulu tak seindah mana tapi ikatan persaudaraan dan kasih sayang yang mekar menjadikan keluarga Mat2u berbeza keseluruhannya. Semua anak2 adalah adik beradek yang tiada bezanya tak kira dari mana asal kelahirannnya.
Arwah Mat2u mengujudkannya dan anak2 pula meneruskan ajarannya.
kami generasi kedua dalam keluarga ini di didik dengan tradisi yang sama. Seolah2 olah ia adalah warisan keluarga yang mesti di turunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya maka ia menjadi Legasi Mat2u untuk semua keturunannya.
Semua kakak adalah kakak kami, semua abang adalah abang kami dan semua adik adalah adik kami tiada istilah membeza-bezakan dalam hubungan persaudaraan.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan sesama sedara. Akan tetapi persaan kekeluargaan yang ada dapat mengatasi segala.

Dalam keluarga Mat2u kita sama aje macam keluarga orang lain ade yang suka mengata ada yang suka lebih dari yang ada. Ada yang malas bekerja dan ada juga yang pandai bercerita. Ada yang setiasa utamakan keluarga dan ada juga susah nak jumpa. Ada yang suka mengarah dan ada yang mengikut saja. Dengki sakit hati cemburu tak puas hati pun semuanya ada nak buat macam mane itu lumrah dalam keluarga besar kami ini. Tapi luka tak pernah menjadi kudis sakit hati setiasa diubati cemburu/dengki dapat diatasi.
Tapi itu persoalan biasa bagi umat Muhammad S.A.W di bumi Allah ini cuma satu yang membezakan kita oleh kerna kami keluarga Mat2u semua di terima seadanya dengan cacat dan celanya sekali.

Bukan senang menjadi keluarga ini tapi adalah lebih susah kalau kami bukan ahlinya. Kerna ia adalah keluarga Mat2u kami.

KAMI KETAWA BERSAMA SELALUNYA
BERCAKAP KUAT ITU TRADEMARKNYA
SENTIASA MESRA ITU LA PUNCANYA
BERKERJASAMA SUDAH BIASA RASANYA

BERGADUH BERBAIK SELALU JUGA BERLAKUNYA
MENGATA MENGUMPAT PERKARA BIASA
KECIK HATI MESTI LAH ADA
DOA KAMI BIAR SEMUA
TAKAN BERUBAH HINGGA AKHIRNYA

AMPUN DAN MAAF SAYA PINTA
KALAU ADA YANG TAK SUKA
NASIB LA YA

Sekian...........Presiden Club

Thursday, October 22, 2009

Minachi Tapi Bukan Dari Bangla...

Jangan ingat Mat Bangla jer suka amik gambo kat shooping complex.Tapi geng DG pun maintain gak suka amik gambo.Gambo nie di Snap masa kitaorang kat The Store shoppping hadiah untuk Yasmin Nabiha & Yasmin Nabila hari senin pas kenduri Mok De diaorg...so layan...


Masing-masing maintain...Hahaaha...Ambo bakal pengantin tersenyum malu ker practice senyum nie..

Buat Renungan Pembaca

Gossip takde so layan jer la yea..........

Buat Ibu


"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya...' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku...atau...." Along menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk....ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan ... dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada...

Sambungan Citer kat bawah

Silver n Gold tema project yg akan datang so wahai Da Gorgeous jangan salah kaler la yea memang Gold n Silver jer yang dikehendakan.

Berapa dulang hantaran belum di tentukan
tapi bahang majlis sudah di rasakan
Pak Jak sekuarga di harap dapat pulang meraikan
Agar majlis penuh dengan sedara seangkatan
Jauh dan dekat kita meraikan
Supaya majlis jadi ingatan

Walau majlis masih dalam perancangan
Da Gorgeous tak sabar nak buat kejutan
Silver n Gold jadi tema pilihan
Agar Pertunangan Sheena jadi sebutan

Presiden Club dah bosan
Malas nak buat kerja seharian
Salam buat semua ahli kumpulan
bye bye la dulu nanti saje di sambungkan

Bakal Pengantin Mat2u 2010 Ahli Club Da Gorgeous





Dari Pandangan mata dan hati Presiden Club.

Nurr ASheena merupakan anak sulong Pak Anjang dan Mak Anjang yang dr kecilnya tidak boleh berenggang dengan emaknya tak kira kemana dimana atau bila2 mana pun dia mesti nak mengikut akan maknya.

Mase berganti mase bulan berganti bulan tahun berganti tahun Sheena menjadi seorang gadis yang lemah lembut budi bicara pemalu bila berkata-kata tapi mudah untuk ketawa.
Zaman remaja dilalui sama seperti yg lain penuh dengan dugaan dan cabaran tapi alhamdullillah berkat doa dan restu ibubapa Sheena menjadi insan berguna. Menjadi seorang guru akhirnya dia.

Seperti anak gadis lain dalam keluarga Mat2u nie Sheena juga selalu menjadi perhatian sebab almaklum la ahli Da Gorgeous kan cantik2 belaka tapi cuma jejaka yang seorang nie la menjadi pujaan hatinya berkawan tak lama tapi sudah cukup untuk mengenali hati budi masing2.

Merisik sudah pertunang dalam perancangan wang hantaran dijanjikan padan dengan kelulusan dan tuan punya badan kami semua mendoakan agar hari2 mendatang penuh dengan kebahgiaan. Amin

Salam dari saya Preside Club.

Wednesday, October 21, 2009

Da Gorgeous

Well walaupun ahli2 club kami berbeza umur dan pendapat juga pendapatan tapi kami mempunyai satu persamaan iatu suka mengumpat ha ha gila ape. Tak de la kami sebenarnya d didik dr kecil untuk bekawan sesama sedara semasa berkumpul. Oleh kerna kami terdiri di dalam golongan keluarga yang ramai so ia tak menjadi soal utk kami bergaul antara satu sama yg lain dengan mesra walaupun kekadang ade gak tersinggung rase maklum la kami pun manusia biasa tetapi oleh kerna kami di besarkan dengan kasih sayang yg sempurna so ok jer la lepas tu tak simpan dalam hati sgt sebab kami cuba untuk menjadi orang yg boleh bertolak ansur dan maaf memaafi. That is the reason why kami semua dah macam adek beradek jer lagak nya walaupun tak sama paras rupa atau pun gaya.

Buat mase nie takde citer menarik nak di khabarkan untuk tatapan semua so biarla saya meracau-racau bercerita bagi yang nak membaca.

Group club nie byk yg dah berpunya cuma mase jer yg lum sampai so sesape yg nak cuba2boleh lagi selagi tak di pinang ape ade hal Presiden ok jer.

Gambar..........tak de lagi gambar baru yg belum disiarkan almaklum la perjumpaan seterusnya lum lagi tiba mungkin bulan depan kut mase raya haji.

Aktiviti........semase jer la takde yg special tak racang ape2 pun sbb semua ahli sibuk

Gossip........semua dah ngumpat mase raya hari tu so tak de la berita yg tak tau so nanti-nanti la dulu yea

Sampai sini jer la dulu idea tak de nak citer so Salam buat semua renung-renung kan dan selamat beramal.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum buat semua,

Saya Noor Rashidah Bt mahzan sebagai Presiden seumur Hidup club ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membaca blog ni la ya bukan ape sekadar nak mempelbagaikan lagi blog yg ada dan nak menunjukkan yg keluarga mat2u nie ade pelbagai2 jenis dan ragam tapi yang pasti tetap bersatu dan bekerjasama walaupun tak seteru tu kata saya la.

Ahli2 club ini cuma terdiri dara2 pujaan ramai keluarga Mat2u yg dah berkahwin mintak maaf takleh masuk la.

Blog ini cuma akan memberi maklumat, gossip, mengata tentang semua hal yang berlaku dalam keluarga Mat2u tetapi kisah2 ahli akan diutamakan.

Blog ini akan cuba menjadi blog pertama yang berani menceritakan perkara sebenar dan benar2 belaka serta luahan tak puashati diri jika ade tapi baru plan jer lum tentu jadi ni sebab Melodi pun kena potong jugak bab2 issue sensitif ni.

Projek terbaru keluarga ini seperti yang semua tahu adalah pertunangan salah seorang ahli club nie Ms. Sheena anak pertama kepada Pak Anjang dan Mak Anjang hai! baru jadi ahli sekejap dah disambar orang itu menunjukkan yg nama club ini memang bersesuaian dengan ahli2 nya gorgeous2 belaka. jangan jeles bagi yg bukan ahli
So bagi ahli2 yg lain tingkatkn prestasi diri utk di pinang ok........

Saya bagi pihak Da Gorgeous Club nie ingin mengucapkan selamat Bertunang bagi Cik Sheena dan kami akan bekerjasam menjayakan majlis itu nanti insya'Allah so jgn lupa semua Silver n Gold tau.

Sunday, October 18, 2009

SENARAI NAMA AHLI DA GORGEOUS MAT2U--
Cik Rashidah Bt.Mahzan
Cik Siti Sarah Bt Abdul Ghaffar
Cik Nurr Mariana Bt.Amir Hamzah
Cik Nurr Asheena Bt.Amir Hamzah
Cik Eza Shaheda Bt.Abdul Razak
Cik Izyan Farhani Bt Abdul Kahar
Cik Nurr Shaheera Bt Amir Hamzah
Cik Liana Syazni Bt.Abdul Kahar
Cik Atikah Aqilah Bt.Abdul Kahar
Cik siti Aishah Bt Mohd Satar
Cik Eza Nazeera Bt.Abdul Razak


assalamualaikum to all mat2u Gorgeous..tujuan penubuhan blog Da Gorgeous Mat2u ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dengan mereka yang masih lagi bergelar seorang anak dara@bujang...Dengan persetujuan cik pengerusi kita iaitu Cik Rashidah Mahzan,kita akhirnya membuka sebuah laman blog baru yang akan memaparkan segala aktiviti dan informasi kita semua..Bagi pemilihan ahli pula,Cik Rashidah mencadangkan agar semua sepupu perempuan yang belum berkahwin menjadi ahli tetap club ini sehinggalah mereka berumah tangga kelak..Jika seseorang ahli itu telah mendirikan rumah tangga,maka secara tidak langsung dia tidak lagi dikira sebagai ahli Da Gorgeous Mat2u..