Monday, April 18, 2011

Ulangtahun !!! hehe..


Pertama sekali,nak mintak maaf kalau terlambat nak wish or ape2 je lah..hehehe...
bulan april,herm,menandakan ada dua ahli group ini yang menyambut hari lahir mereka iaitu Puan Izyan Farhani & Puan Nurr Asheena..hehehe..payah jugak bila dah ber puan2 ni..ahaha...x kesah lah..harapan kami semua adalah semoga anda berdua panjang umo,berkekalan jodohnya,dimurahkan rezeki,berjaya dalam kerjaya,diberi kesihatan yang baik terutama buat kak yan(preggie mum)..hehe...all da best for both of u !

Thursday, March 24, 2011

Tahniah for the SPM result !!



Hye3 !! hehe...entri baru hari ini...First skali nak ucpkan selamat kembali dr menjalani latihan PLKN buat Miss Aisyah kita..Walaupun dah agak lama dah dia balik,tp x sempat nak berkongsi cerita mengenainya..hehe...Sejarah dicipta kerana Miss Aisyah adalah satu2nya Wirawati Mat2u setakat ini yang dapat menghabiskan tempoh PLKN dengan sempurna...hehehe..Dan semalam juga menjadi hari debaran buat 3 orang Ahli persatuan yang mengambil keputusan SPM 2010...Syukur Alhamdulillah,semua nya mendapat keputusan yang membanggakan...Sekalung tahniah buat Miss Syeera ( 4A 3B 2C), Miss Aisyah (4A 3B 1C) & Miss Aqilah (3A 3B 3C)..

with her friends during PLKN...

sorry sebab x jumpa gambar pkai bju skolah..hehehe

Wednesday, March 23, 2011

3 ahli persatuan GORGEOUS Mat2u di sunting orang...hehe

Gorgeous Mat2u kembali beraksi..hehe..Pertama sekali sorry sangat2 sebab dah lama x ter update nlog nih..masing2 sibuk kan...hehe...lama jugaklah blog ni menyepi..Tapi menyepi kami bukan menyepi kosong..Menyepi kami ada isi..hehe..Semua sedia maklum yang 3 bunga di taman GORGEOUS MAT2u ini telah di sunting orang..hehe..bertambah lagi kelurga Mat2u..So,entry kali ni story sikit pasal wedding diorang...Perkahwinan pertama adalah diantara Puan Nurr Asheena & suaminya En.Nur Saaduddin pada tanggal 12 september 2010..Perkahwinan seterusnya pula adalah pada 12 disember 2010 oleh pasangan Puan Izyan Farhani & En.Faidz..Dan yang terbaru sekali adalah pada 11 mac 2011 iaitu perkahwinan di antara Puan Nurr Mariana & En.Saiful si jantung hatinya yang mencipta sejarah generasi baru keluarga Mat2u dengan persandingan 4 pengantin..Kami ahli-ahli persatuan mendoakan yang terbaik dalam mengaharungi alam rumahtangga serta bahagia melayari bahtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat..

Puan Nurr Mariana...

Di hari pertunangannya...
Di hari pernikahannya..
Suami Tercinta..
Semoga berkekalan hendaknya...


Puan Izyan Farhani
Di hari pertunangannya...
Di hari pernikahannya...
Suami tercinta...
Berpanjangan jodoh harapannya...


Puan Nurr Asheena
Hari pertunangannya...
Hari pernikahannya...
Suami tercinta...
Berkekalan hingga akhir hayatnya...



Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Buat renungan bersama,



Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb takMalam tu ibu ada janji temuIbu jumpa jejaka tuIbu kata dia cintakan ibu Benarkah bU!!!


Dia puji dan puja ibuDia rayu dan belai ibuKatanya cintanya hanya untuk ibuBenarkah bu?

Ibu terkhayal dengan bujukannyaIbu terbuai dalam bicaranyaIbu terlena oleh bisikannyaBenarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibuIbu izin dia sentuh jasad ibuIbu puas dapat buktikan setia ibuMacam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibuTapi benarkah bu?

Masa berlalu,Hari ini lepas 9 bulan...Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasilHari ini buah cinta kalian telah terzahirHari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...tapi benarkah bu?




Kenapa dia tidak sama menyambut kami?Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?Mengapa ibu pun benci kami?Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit ker bu..tak berbakikah kasih dan sayang dan Tidak lagi kah ibu berTuhan?Benarkah ibu?Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu.....



Renung renung kanlah !!!


-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak

-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Permintaan Ibu pada ku

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

.-Berderai air mata jika kita mendengarnya........tapi masih jugak kita alpa akan nya kekadang kita tidak memenuhi permintaan yg sekecil cuma
-Tapi kalau Mak sudah tiada..........-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Akhir kata
SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA, SAPALA KITA...TUL TAK???
Dan ingatlah manusia, apabila kamu diatas, jangan lah kamu lupa mereka yg dibawah.kita semua lahir dgn izin Allah dari setitis air yg mulia, jgn lah kita membuat kan diri kita hina dimata , dihati manusia....


Ciao - Presiden Club


Monday, June 14, 2010

DaGorgeous member at Pak jak kenduri & BBQ!

Assalamualaikum buat semua yang membaca blog ini...Dah agak bersawang dah blog ni sebenarnya,jadi menjadi tanggungjawab sebagai salah seorang ahli,i kemas lah rumah ni sikit..pic2 ni time kenduri AjaqMAt2u & juga BBQ Mat2u..X byk gamba lah,semua tgh sebuk sangat2 tyme ni,jadi yg ada ni pun gmbar mana yg sempat di snap je..hehehe...
Ceria & happy je Miss Maria ni...yang Miss Shena tu knape pulak??
Betapa sibuknya Miss President ni,dari pagi sampai ke pagi lagi busy nya..hehe
Ingat kitorang x boleh keje kat dapo ke??haha..Miss Syera,Miss Ecah & Miss Zeera
Isi air dalam belon pun boleh tau!!jaga2,,ada misi di sebaliknya..
Miss Maria dengan tekunnya memotong buah.,..
Ai??nak mintak naik pangkat ke??hehehe
Posing jgan x posing...

Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day


Salam buat Semua

Agak lama blog ini tidak diberi perhatian oleh tuan punya blog mahupun jiran2 tetangganya ye la rumah takde orang sape laa yg nak datang. Cat rumah jer yg bertukar bagi menunjukkan yg ade lagi ahli keluarga yg bertanggungjawab membersihkan rumah nie. TQ

Orang barat menetapkan bahawa 9th May adalah hari utk kita semua menghargai ibu2 kita tak kira dimana mereka berada di dunia ini dan ia merupakan satu perkara yang baik yg dicipta oleh mereka kerna kekadang kita lupa bahawa kita masih lagi ada ibu yg memerlukan perhatian dan kasih sayang. Walau seburuk mana ibu2 kita walaupun Ibu2 kita selalu menyakiti hati2 kita walau kita sentiasa terasa dengan perbuatan2 mereka sedari lah bahawa ibu2 kita hanyalah manusia biasa yg sentiasa melakukan sesilapan sama seperti kita2 yg ada.
Jangan sekali2 kita lupa bahawa ibu kita juga perlukan perhatian dan kasih sayang dan juga penghormatan. Kerana kita tidak mungkin ada 2 ibu yg melahirkan kita ke dunia.

Walaupun ada setengah orang berkata tak perlu tunggu hari Ibu untuk menunjukkan perhargaan kita padanya tapi adakah kita melakukannya, adakah kita dapat menggembirakan hati Ibu kita setiap hari, adakah dapat kita melenyapkan rindu mereka pada Abah2 kita yg telah tiada, adakah mereka dapat apa yg mereka hajatkan atau adakah mereka gembira sekarang ini dengan kehidupan yg ada atau sebenarnya Ibu2 kita hanya memendam rasa duka dan nestapa hanya ALLAH sahaja yg Maha mengetahui.
Tapi sebagai anak tidak salah kiranya kita membuang sedikit masa kita hanya dengan berada di samping mereka atau telefon bertanya khabar mungkin ia tidak dapat memberi apa2 berbezaan dalam kehidupan tapi sekurang2nya Ibu2 kita tahu bahawa mereka masih lagi ada anak2 jika diperlukan.

Pernahkah kita terfikir bagaimana ibu2 kita menjalani kehidupan mereka, pernahkah kita terfikir akan duit perbelanjaan harian yg mereka ada cukup bagi mereka menampung keperluan kehidupan yg serba mahal sekarang ini. Adakah wang pemberian kita cukup bagi mereka merasakan sedikit kemewahan yg selama kita kecil kita tahu mereka tidak pernah rasakan, pernahkah kita terfikir dari mana sumber kewangan Ibu2 kita kalau bukan dr kita anak2 mereka yg dibesarkan oleh Ibu2 kita tanpa sebarang bill perbelanjaan yg perlu kita langsaikan.

Renung2 kan la .........................

Buat semua Ibu2.... kami anak2 mu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mu di dunia dan akhirat. Kami anak2mu memohon ampun dan maaf sekiranya perbuatan2 anak2mu ini ada yg mengguris perasaanMu Ibu.
Ibu............anak2mu akan sentiasa menyayangiMu tanpa buju dan sempadan tanpa perlu pembalasan dan kasih sayang kami tidak pernah ada galang gantinya sebab kau adalah Ibu bagi kami anak2 mu

Ibu.........walau banyak cacat cela mu walaupun kekadang kami terkedu dengan perbuatan2 mu tapi percayalah Ibu demi Allah kau adalah Ratu dalam hidup kami anak2 mu tidak pernah sekali dalam hidup kami anak2 mu untuk melukakan hatimu tapi sebagai manusia yg di warnai dengan pelbagai perasan, perasaan cemburu, dengki, marah dan sayang kami kadang2 alpa dengan tanggungjawab kami terhadapmu.
Ibu tahu kah yg kami tiada hak untuk menghukummu walau sejahat mana pun dirimu Ibu..... kerna kami adalah anak2mu dan Syurga kami berada dibawah tapak kakimu ..........betapa rendahnya martabat kami sebenarnya Ibu kerna Syurga ALLAH janjikan kepada anak2 adalah di bawah tapak kaki mu cuma. Betapa banyaknya dosa kami terhadapmu Ibu .........dan betapa kami tahu bahawa Ibu tidak pernah lupa mengampunkannya setiap waktu dan kehidupan kami diberkati olehNya kerana Mu Ibu, kerana doa-doa Mu yg tidak pernah putus buat anak2 mu yg belum tentu mengingati mu selalu

Buat sekian kali nya Ibu......... kami anak2 mu sangat2 sayang kepada mu, pengorbananmu membesarkan anak2 mu tidak dapat kami balas sehingga keakhir hayat kami, Selamat hari Ibu kami anak2mu ucapkan buat mu.


Hanya ALLAH sahaja yang membalas jasa Mu Ibu kerna kami anak2 mu tidak pernah mampu.......



Ciao - Presiden Club







Friday, February 19, 2010

Bertemu Kembali

Salam buat semua,

Agak lama rasenya Presiden Club tak menulis di blog ini. Bukan ape sibuk dengan kehidupan duniawi mencari rezki yang halal.

Nak buka blog2 ahli lain pun takde masa inikan pula nak menulis. Terasa masa 24 jam yang ade ini terlalu sedikit untuk dibahagi2 kan dalam kehidupan . Banyak juga blog mat2u yg tak di update oleh tuan-tuan rumah mungkin mempunyai alasan yg same dengan saya.

Nak tulis ape pun takde idea cuma bersyukur kerana walaupun sibuk masih ada masa utk bersama2 keluarga2 Mat2u yg lain utk bersantai di Gunung Ledang tapi tak semua keluarga yg ada tapi masih cukup untuk membuat keluarga orang lain yg berada disana sakit hati dengan perangai gila2 keluarga kita. dan yg pasti bising dengan suara2 kuat keluarga ini. Tak kira la yg kecik atau yg dah tue macam Presiden Club ler.
Terasa betapa kita adalah keluarga bahagia yg sentiasa mementing kan semangat kekeluargaan.
Alhamdullilah........

Ada cadangan nak buat plan bersantai bersama lagi kat Bagan lalang tapi entah lah sbb takde sape yg nak buat proposalnya. Ye la tang bajet tang masa yg sesuai tang orang yg nak gee tapi insaya'Allah akan saya usahakan kalau boleh masa tu org jauh d perantauan ade bersama.


Cukup la dulu ye nanti akan saya usahakan masa utk ruangan ini lagi.

Da Da salam - Presiden Club

Tuesday, January 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY CT SHAH GORGEOUS!!


Happy Birthday buat salah seorang ahli kelab kita yang menyambut hari lahirnya yang ke 17 tahun pada hari in..Beliau adalah Siti Aishah Mohd Satar @ lebih gorgeous Ct Shah..hehe..Beliau akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.Jadi kita semua berharap agar Ct Shah cemerlang dalam SPM..Diharapkan semoga sihat selalu,Dipelihara Allah SWT,& di murahkan rezeki..& yang paling penting sekali maintain Gorgeous..hehe

Saturday, January 9, 2010

Rezeki orang selepas betunang..

Pertama sekali kami di sini nak ucapkan tahniah buat salah seorang member club kami..iaitu MISS NURR ASHENA BINTI AMIR HAMZAH..Beliau mendapat tawaran untuk kursus perguruan..Beliau akan ke seremban,negeri sembilan pada 18 hari bulan januari ini..Sama tarikh pulak dgn saya yg akan mendaftar untuk sem 2 di politeknik..Rezeki orang bertunang..Beliau akan berkursus selama 6 bulan & membuat praktikal selama 3 bulan sebelum dipostingkan di sekolah2 seluruh malaysia..




Dan InsyALLAH kata beliau,akan mula mengajar awal tahun 2011..Mudah-mudahan impiannya tercapai..Kami sebagai ahli kelab DaGorgeousMat2u mengucapkan selamat maju jaya & sentiasa menyokong dari belakang..Akhir kata,Pak jak pesan,kepada sarah,maria & yan cepat2lah bertunang..

Wednesday, January 6, 2010

Happy Birthday Yg Ke 60 Pak Cik


HAPPY BIRTHDAY TO PAK CIK(HAJI MATAR BIN HJ MOHAMED)..Semoga panjang umur,sehat selalu,murah rezeki,di pelihara Allah serta dipermudahkan hidup di dunia & di akhirat..Ikhlas dari kami,DaGorgeousMat2u..