Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day


Salam buat Semua

Agak lama blog ini tidak diberi perhatian oleh tuan punya blog mahupun jiran2 tetangganya ye la rumah takde orang sape laa yg nak datang. Cat rumah jer yg bertukar bagi menunjukkan yg ade lagi ahli keluarga yg bertanggungjawab membersihkan rumah nie. TQ

Orang barat menetapkan bahawa 9th May adalah hari utk kita semua menghargai ibu2 kita tak kira dimana mereka berada di dunia ini dan ia merupakan satu perkara yang baik yg dicipta oleh mereka kerna kekadang kita lupa bahawa kita masih lagi ada ibu yg memerlukan perhatian dan kasih sayang. Walau seburuk mana ibu2 kita walaupun Ibu2 kita selalu menyakiti hati2 kita walau kita sentiasa terasa dengan perbuatan2 mereka sedari lah bahawa ibu2 kita hanyalah manusia biasa yg sentiasa melakukan sesilapan sama seperti kita2 yg ada.
Jangan sekali2 kita lupa bahawa ibu kita juga perlukan perhatian dan kasih sayang dan juga penghormatan. Kerana kita tidak mungkin ada 2 ibu yg melahirkan kita ke dunia.

Walaupun ada setengah orang berkata tak perlu tunggu hari Ibu untuk menunjukkan perhargaan kita padanya tapi adakah kita melakukannya, adakah kita dapat menggembirakan hati Ibu kita setiap hari, adakah dapat kita melenyapkan rindu mereka pada Abah2 kita yg telah tiada, adakah mereka dapat apa yg mereka hajatkan atau adakah mereka gembira sekarang ini dengan kehidupan yg ada atau sebenarnya Ibu2 kita hanya memendam rasa duka dan nestapa hanya ALLAH sahaja yg Maha mengetahui.
Tapi sebagai anak tidak salah kiranya kita membuang sedikit masa kita hanya dengan berada di samping mereka atau telefon bertanya khabar mungkin ia tidak dapat memberi apa2 berbezaan dalam kehidupan tapi sekurang2nya Ibu2 kita tahu bahawa mereka masih lagi ada anak2 jika diperlukan.

Pernahkah kita terfikir bagaimana ibu2 kita menjalani kehidupan mereka, pernahkah kita terfikir akan duit perbelanjaan harian yg mereka ada cukup bagi mereka menampung keperluan kehidupan yg serba mahal sekarang ini. Adakah wang pemberian kita cukup bagi mereka merasakan sedikit kemewahan yg selama kita kecil kita tahu mereka tidak pernah rasakan, pernahkah kita terfikir dari mana sumber kewangan Ibu2 kita kalau bukan dr kita anak2 mereka yg dibesarkan oleh Ibu2 kita tanpa sebarang bill perbelanjaan yg perlu kita langsaikan.

Renung2 kan la .........................

Buat semua Ibu2.... kami anak2 mu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mu di dunia dan akhirat. Kami anak2mu memohon ampun dan maaf sekiranya perbuatan2 anak2mu ini ada yg mengguris perasaanMu Ibu.
Ibu............anak2mu akan sentiasa menyayangiMu tanpa buju dan sempadan tanpa perlu pembalasan dan kasih sayang kami tidak pernah ada galang gantinya sebab kau adalah Ibu bagi kami anak2 mu

Ibu.........walau banyak cacat cela mu walaupun kekadang kami terkedu dengan perbuatan2 mu tapi percayalah Ibu demi Allah kau adalah Ratu dalam hidup kami anak2 mu tidak pernah sekali dalam hidup kami anak2 mu untuk melukakan hatimu tapi sebagai manusia yg di warnai dengan pelbagai perasan, perasaan cemburu, dengki, marah dan sayang kami kadang2 alpa dengan tanggungjawab kami terhadapmu.
Ibu tahu kah yg kami tiada hak untuk menghukummu walau sejahat mana pun dirimu Ibu..... kerna kami adalah anak2mu dan Syurga kami berada dibawah tapak kakimu ..........betapa rendahnya martabat kami sebenarnya Ibu kerna Syurga ALLAH janjikan kepada anak2 adalah di bawah tapak kaki mu cuma. Betapa banyaknya dosa kami terhadapmu Ibu .........dan betapa kami tahu bahawa Ibu tidak pernah lupa mengampunkannya setiap waktu dan kehidupan kami diberkati olehNya kerana Mu Ibu, kerana doa-doa Mu yg tidak pernah putus buat anak2 mu yg belum tentu mengingati mu selalu

Buat sekian kali nya Ibu......... kami anak2 mu sangat2 sayang kepada mu, pengorbananmu membesarkan anak2 mu tidak dapat kami balas sehingga keakhir hayat kami, Selamat hari Ibu kami anak2mu ucapkan buat mu.


Hanya ALLAH sahaja yang membalas jasa Mu Ibu kerna kami anak2 mu tidak pernah mampu.......



Ciao - Presiden Club