Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day


Salam buat Semua

Agak lama blog ini tidak diberi perhatian oleh tuan punya blog mahupun jiran2 tetangganya ye la rumah takde orang sape laa yg nak datang. Cat rumah jer yg bertukar bagi menunjukkan yg ade lagi ahli keluarga yg bertanggungjawab membersihkan rumah nie. TQ

Orang barat menetapkan bahawa 9th May adalah hari utk kita semua menghargai ibu2 kita tak kira dimana mereka berada di dunia ini dan ia merupakan satu perkara yang baik yg dicipta oleh mereka kerna kekadang kita lupa bahawa kita masih lagi ada ibu yg memerlukan perhatian dan kasih sayang. Walau seburuk mana ibu2 kita walaupun Ibu2 kita selalu menyakiti hati2 kita walau kita sentiasa terasa dengan perbuatan2 mereka sedari lah bahawa ibu2 kita hanyalah manusia biasa yg sentiasa melakukan sesilapan sama seperti kita2 yg ada.
Jangan sekali2 kita lupa bahawa ibu kita juga perlukan perhatian dan kasih sayang dan juga penghormatan. Kerana kita tidak mungkin ada 2 ibu yg melahirkan kita ke dunia.

Walaupun ada setengah orang berkata tak perlu tunggu hari Ibu untuk menunjukkan perhargaan kita padanya tapi adakah kita melakukannya, adakah kita dapat menggembirakan hati Ibu kita setiap hari, adakah dapat kita melenyapkan rindu mereka pada Abah2 kita yg telah tiada, adakah mereka dapat apa yg mereka hajatkan atau adakah mereka gembira sekarang ini dengan kehidupan yg ada atau sebenarnya Ibu2 kita hanya memendam rasa duka dan nestapa hanya ALLAH sahaja yg Maha mengetahui.
Tapi sebagai anak tidak salah kiranya kita membuang sedikit masa kita hanya dengan berada di samping mereka atau telefon bertanya khabar mungkin ia tidak dapat memberi apa2 berbezaan dalam kehidupan tapi sekurang2nya Ibu2 kita tahu bahawa mereka masih lagi ada anak2 jika diperlukan.

Pernahkah kita terfikir bagaimana ibu2 kita menjalani kehidupan mereka, pernahkah kita terfikir akan duit perbelanjaan harian yg mereka ada cukup bagi mereka menampung keperluan kehidupan yg serba mahal sekarang ini. Adakah wang pemberian kita cukup bagi mereka merasakan sedikit kemewahan yg selama kita kecil kita tahu mereka tidak pernah rasakan, pernahkah kita terfikir dari mana sumber kewangan Ibu2 kita kalau bukan dr kita anak2 mereka yg dibesarkan oleh Ibu2 kita tanpa sebarang bill perbelanjaan yg perlu kita langsaikan.

Renung2 kan la .........................

Buat semua Ibu2.... kami anak2 mu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mu di dunia dan akhirat. Kami anak2mu memohon ampun dan maaf sekiranya perbuatan2 anak2mu ini ada yg mengguris perasaanMu Ibu.
Ibu............anak2mu akan sentiasa menyayangiMu tanpa buju dan sempadan tanpa perlu pembalasan dan kasih sayang kami tidak pernah ada galang gantinya sebab kau adalah Ibu bagi kami anak2 mu

Ibu.........walau banyak cacat cela mu walaupun kekadang kami terkedu dengan perbuatan2 mu tapi percayalah Ibu demi Allah kau adalah Ratu dalam hidup kami anak2 mu tidak pernah sekali dalam hidup kami anak2 mu untuk melukakan hatimu tapi sebagai manusia yg di warnai dengan pelbagai perasan, perasaan cemburu, dengki, marah dan sayang kami kadang2 alpa dengan tanggungjawab kami terhadapmu.
Ibu tahu kah yg kami tiada hak untuk menghukummu walau sejahat mana pun dirimu Ibu..... kerna kami adalah anak2mu dan Syurga kami berada dibawah tapak kakimu ..........betapa rendahnya martabat kami sebenarnya Ibu kerna Syurga ALLAH janjikan kepada anak2 adalah di bawah tapak kaki mu cuma. Betapa banyaknya dosa kami terhadapmu Ibu .........dan betapa kami tahu bahawa Ibu tidak pernah lupa mengampunkannya setiap waktu dan kehidupan kami diberkati olehNya kerana Mu Ibu, kerana doa-doa Mu yg tidak pernah putus buat anak2 mu yg belum tentu mengingati mu selalu

Buat sekian kali nya Ibu......... kami anak2 mu sangat2 sayang kepada mu, pengorbananmu membesarkan anak2 mu tidak dapat kami balas sehingga keakhir hayat kami, Selamat hari Ibu kami anak2mu ucapkan buat mu.


Hanya ALLAH sahaja yang membalas jasa Mu Ibu kerna kami anak2 mu tidak pernah mampu.......



Ciao - Presiden Club







Friday, February 19, 2010

Bertemu Kembali

Salam buat semua,

Agak lama rasenya Presiden Club tak menulis di blog ini. Bukan ape sibuk dengan kehidupan duniawi mencari rezki yang halal.

Nak buka blog2 ahli lain pun takde masa inikan pula nak menulis. Terasa masa 24 jam yang ade ini terlalu sedikit untuk dibahagi2 kan dalam kehidupan . Banyak juga blog mat2u yg tak di update oleh tuan-tuan rumah mungkin mempunyai alasan yg same dengan saya.

Nak tulis ape pun takde idea cuma bersyukur kerana walaupun sibuk masih ada masa utk bersama2 keluarga2 Mat2u yg lain utk bersantai di Gunung Ledang tapi tak semua keluarga yg ada tapi masih cukup untuk membuat keluarga orang lain yg berada disana sakit hati dengan perangai gila2 keluarga kita. dan yg pasti bising dengan suara2 kuat keluarga ini. Tak kira la yg kecik atau yg dah tue macam Presiden Club ler.
Terasa betapa kita adalah keluarga bahagia yg sentiasa mementing kan semangat kekeluargaan.
Alhamdullilah........

Ada cadangan nak buat plan bersantai bersama lagi kat Bagan lalang tapi entah lah sbb takde sape yg nak buat proposalnya. Ye la tang bajet tang masa yg sesuai tang orang yg nak gee tapi insaya'Allah akan saya usahakan kalau boleh masa tu org jauh d perantauan ade bersama.


Cukup la dulu ye nanti akan saya usahakan masa utk ruangan ini lagi.

Da Da salam - Presiden Club

Tuesday, January 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY CT SHAH GORGEOUS!!


Happy Birthday buat salah seorang ahli kelab kita yang menyambut hari lahirnya yang ke 17 tahun pada hari in..Beliau adalah Siti Aishah Mohd Satar @ lebih gorgeous Ct Shah..hehe..Beliau akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.Jadi kita semua berharap agar Ct Shah cemerlang dalam SPM..Diharapkan semoga sihat selalu,Dipelihara Allah SWT,& di murahkan rezeki..& yang paling penting sekali maintain Gorgeous..hehe

Saturday, January 9, 2010

Rezeki orang selepas betunang..

Pertama sekali kami di sini nak ucapkan tahniah buat salah seorang member club kami..iaitu MISS NURR ASHENA BINTI AMIR HAMZAH..Beliau mendapat tawaran untuk kursus perguruan..Beliau akan ke seremban,negeri sembilan pada 18 hari bulan januari ini..Sama tarikh pulak dgn saya yg akan mendaftar untuk sem 2 di politeknik..Rezeki orang bertunang..Beliau akan berkursus selama 6 bulan & membuat praktikal selama 3 bulan sebelum dipostingkan di sekolah2 seluruh malaysia..




Dan InsyALLAH kata beliau,akan mula mengajar awal tahun 2011..Mudah-mudahan impiannya tercapai..Kami sebagai ahli kelab DaGorgeousMat2u mengucapkan selamat maju jaya & sentiasa menyokong dari belakang..Akhir kata,Pak jak pesan,kepada sarah,maria & yan cepat2lah bertunang..

Wednesday, January 6, 2010

Happy Birthday Yg Ke 60 Pak Cik


HAPPY BIRTHDAY TO PAK CIK(HAJI MATAR BIN HJ MOHAMED)..Semoga panjang umur,sehat selalu,murah rezeki,di pelihara Allah serta dipermudahkan hidup di dunia & di akhirat..Ikhlas dari kami,DaGorgeousMat2u..

Friday, January 1, 2010


Happy New Year To All Mat2u Family Members..Semoga tahun baru ini lebih baik berbanding tahun2 lepas..Semoga semua ahli Gorgeous Mat2u khususnya & warga Mat2u amnya terus sukses and will achieve everything that u dream..

Thursday, December 31, 2009

SHEENA GORGEOUS BERTUNANG...

miss sheena sudah,miss maria bila lagi??

Mak Jak diapit 2 ahli Gorgeous

miss shaheda & miss aisyah

miss president & miss vice president yang memang totally gorgeous

Miss VP with Miss Maria dengan hantaran untuk pihak lelaki..
Our Miss Shena


Selamat Bertunang buat salah seorang ahli DAGORGEOUS MAT2U iaitu Miss Shena Gorgeous..Memandangkan Miss P & Miss VP kita agak sibuk minggu ini,jadi saya akan postingkan lah sikit gambar majlis pertunangan tersebut..

Friday, December 25, 2009

Less than 24 hrs


Salam semua,

Today X'mas day and tomorrow will be the engagement of the year day fuuh dah sabar rasenya nak melihat kemeriahan majlis tu nanti maklum la member club nie yg bertunang so kira gempak ler sbbnya ye la tak sangka bakal pengantin nie dah nak kawen rasa macam kecik jer lagi dia orang nie.

Yang pasti Presiden Club nie merestui hala tuju kehidupan member clubnya tapi rasenya Presiden dah sign mati ngan club nie sbb syarat wajib club nie adalah keluarga mat2u perempuan dan single so rasenya ahli boleh tukar tapi Presiden lum tau lagi??? satu persoalan maut tu tapi semestinya takdir penentu segala Amin.

Tema pertunangan kali ini adalah silver n gold tapi yg pasti Presiden sendiri takde baju tema tu puas dah cari takde yg memenuhi kehendak hati so klau sape2 nak mengata Presiden sendiri tak ikut tema lantak ler sbb memang tak jumpa pun baju nya yg ada semuanya ala2 disco dancer cap naga punya baju jer so dr berlaku pembaziran lebih baik takyah beli jer la harap2 Cik bakal pengantin tak marah la yea.

Ok la sampai sini dulu di harap semua keluarga tersayang dapat menghadirkan diri pada esok hari, insya'Allah.


Ok bebey Ciao. Presiden





Saturday, December 19, 2009

19th Dec 2009




Salam Semua,




Hari yg ditunggu oleh orang Bintulu dah hampir tiba it only a matter of time just a few more hours they all flying back to us. Insya'Allah.
Tapi Presiden club gundah gulana la sedikit sebab plan tak workout my car broke down yesterday dan sekarang masih di workshop so takut terpaksa tukar plan which is cannot pick them up at the airport dan balik kampung susah hati teman nie tau. But mintak2 la semuanya berjalan lancar ya Allah sbb most probably the car can run tomorrow jadi plan back to the track insya'Allah.

Duit nak bayor nie pun satu citer gak hai nasib ler yea nak buat camne dah nak rosak kan kereta dah tua camtu la tapi still luv that car it make me feel safe whenever i'm driving it.

Pertandingan blog dah ditutup tapi rasenya blog nie tak masuk bertanding kut sbb kita orang club peribadi. he he........ T'shirt pun takde lagi alahai


Anyway Welcome back Orang Bintulu we are waiiiitiiing, Luv u all

Nothing much to say so ciao bebey - Presiden Club






Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru 1431

Salam Semua,

Bertemu kembali di ruangan ini dan saya Presiden Club ini ingin mengucapkan Selamat Tahun baru bagi semua umat Islam terutama kepada keluargaa tersayang semoga tahun yang mendatang akan menjadikan kita umat Muhammad S.A.W yang lebih baik dari semalam.

Masuk tahun baru ini maka semakin hampir kita dengan majlis pertunangan of the year dan semakin risau la diri saya ini kerna takde baju yg sesuai lagi untuk di peraga. Orang Bintulu akan pulang ke tanahair pada hari sabtu ini bersamaan dengan 2 Muharram bagi meraikan majlis yang penuh gilang gemilang itu nanti dan sama la kita bertemu kembali dengan Keluarga Pak Jak yg jauh diperantauan. Selamat kembali kami di sini ternanti akan kepulangan anda semua.

Yang jauh nak pulang
Yang dekat suka hati
Sheena akan bertunang
Kita semua berkumpul lagi

Silver n Emas warna temanya
Nak cari baju punya la susah
Bertemu kita sudah semestinya
kalau tak gossip mesti tak sah


Ciao Bebey- Presiden club