Saturday, October 24, 2009

Di sini Sejarah Kami Bermula

Pada mulanya blog ini di cipta hanya untuk suka2 shj tapi bila di fikir2kan ada baiknya jika saya mengisi ruangan yang ada untuk bercerita tentang keluarga Mat2u yang saya bangga-banggakan selama ini tanpa berbelah bagi. Mungkin yang membaca dah tahu akan kisah hidup ini tapi tak kisah la saya menulisnya kembali dari nukilan rasa hati. Buat tatapan pembaca yang datang bertandang mengisi masa terluang.



Chapter One - Pengenalan

Mat Tuyu





Nama Mat Tuyu adalah gelaran bagi arwah Tok Abah (Muhammad B. Hamzah) ketika hayatnya.


Tok Abah telah berkahwin dengan Tok Long dan kemudian Tok De. Dikurniakan 10 orang anak dan di berikan Allah pada mereka Mak Unggal anak kepada arwah adik atok yang telah meninggal dunia lebih awal. Dari kecil dijaga oleh arwah Tok Long dan Mak Unggal disayangi tanpa beza dlm keluarga ini malah Tok Long lebih selesa dijaga Mak Unggal ketika hayatnya.


Arwah Tok Abah cuba berlaku adil sepanjang kehidupan di lalui selepas beristeri dua dan mungkin kerna keikhlasan hatinya Allah memberikan apa yang sepatutnya. Kedua2 isteri Tok Abah di berikan zuriat yang sama bilangannya 4 lelaki dan seorang puteri. Dan anak-anak ini seolah-olah mengerti yang mereka adalah adik beradik sejati tanpa ada rasa dendam dan iri hati walupun kehidupan telah terbahagi kerana mereka seolah-olah tahu yang sebanyak mana kasih-sayang yang dicurahkan oleh abah mereka sudah pasti ia tidak akan pernah habis ditelan masa. Kasih yang di beri kan tetap sama sesama mereka dan tidak pernah pudar walau ke hujung nyawa.


Semasa mudanya Tok Abah bekerja sebagai seorang posmen dan ada ketika nya di panggil untuk memasak di rumah orang kahwin. Tok Abah pandai masak nasi minyak masakannya selalu dipuji oleh masyarakat setempat. Walaupun nampak garang Tok Abah disenangi oleh semua orang. Dengan kehidupan yang serba kekurangan Tok De membantu bekerja menganyam atap rumbia dan Tok Long dirumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak semuanya. Walaupun tak sesenang mana kehidupan di bina anak-anak tetap di sekolahkan mengikut minat dan kepandaian masing-masing tidak satu pun di pingir oleh mereka.

Dari awal kehidupan perkahwinan bermadu, mereka bertiga telah bertolak ansur menjalankan tanggung jawab didalam membesarkan anak-anak dalam keluarga ini. Tanpa perlu diajar anak-anak mengerti bahawa ini la dunia mereka dan ini la keluarga mereka tanpa ada rasa berbeza.

Selepas waktu persekolahan semua anak-anak akan balik kerumah Tok Long dan Tok De akan datang mengambil anak-anaknya selepas waktu kerja untuk di bawa pulang. Semasa anak-anak masih kecil Tok Long dan Tok De tinggal di rumah yang berasingan tetapi tak la jauh mana rasanya. Jadi begitu la rutin kehidupan dilalui bagi membesarkan anak-anak tercinta.

Keharmonian rumahtanggan dapat dikekalkan kerana arwah Tok Long isteri pertama seorang yang baik hati dan mungkin tiada perkataan cemburu atau iri hati padanya. Walupun di madu Tok long menerima takdir dengan redha dan dengan hati terbuka. Perjalanan kehidupan rumahtangga dilalui dengan sempurna. Inilah kunci kejayaan bersatunya keluarga kami "Tok Long". Isteri pertama yang sanggup menerima segalanya seadanya dengan rela. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasanya yang tak dapat dikira dek jari. Dan Tok Abah pula cuba sebaiknya untuk menjadi suami yang bertanggung jawab keatas keluarganya dan cuba berlaku adil keatas kedua-dua rumahtangga yang dibina.

Doa kami agar arwah di cucuri rahmat dan di golongkan dengan orang2 yang beriman hendaknya di sana dan agar arwah berdua sedang bersanding-sandingan bersama-sama dengan gembira.... Amin .......... Al fatihah buat mereka yang telah tiada.

Besambung.....................

No comments:

Post a Comment