Saturday, November 28, 2009

Sabtu 28th Nov 2009


Salam buat semua pembaca,

Hari ini merupakan hari yg tak berapa ceria buat saya, hari ini seperti hari sabtu yang lain dimana selalunya saya kena bekerja. Tapi oleh kerna semalam hari raya maka saya kepejabat terus dari kampung. Walaupun letih tapi tanggung jawab terpaksa dijalankan. Dari Kampung pagi tadi dalam pukul 6.45 dan dalam perjalanan saya terima satu panggilan, rakan dari office lama yang memberitahu bahawa rakan setugas saya ketika saya bekerja di SDV telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi ini jam 5.30 Innalilla amat terkejut saya mendengar berita itu dan tak dapat kita duga ajal dan maut seseorang SubhanAllah maha suci Allah yg menjadikan langit dan bumi.

Masih terngiang-ngiang gurau senda kami bersama teman-teman yang lain sebelum ini. Rakan saya ini masih muda dari segi umurnya baru mencecah 35 tahun agaknya. Mempunyai seorang isteri dan 3 anak lelaki . Baru minggu lepas hari jumaat masa itu hujan lebat beliau telah singgah di ofis saya dan kami macam biasa akan bercerita dan tak saya sangka itulah hari terakhir bagi kami untuk berbual bercerita bersama. Pada masa tu beliau bercerita tentang kehidupannya sekarang yang agak sukar kerna isterinya menghidapi penyakit darah tinggi yang kronik masalah jantung dan buah pinggang dan atas sebab itu isterinya terpaksa berhenti kerja. Beliau meminta jika saya ada kerja-kerja part time yang boleh dilakukan bagi menambah rezki menampung keluarga. Belum sempat saya membantu beliau pergi tanpa tanda. Isterinya yang sakit tapi dia yang di jemput dulu kembali oleh Allah subhanahuwataalah. Bertapa sukar kita menjangka apa akan berlaku pada kita esok hari nanti. maka manafaatkan la sebaik2 masa dan detik yg kita ada pada masa dan saat ini kita tak mungkin menjangkanya. Beliau semasa hayatnya seorang yg ceria dan disenangi rakan-rakan taulan walaupun selalu marah-marah tapi semua orang tahu yg beliau seorang yang baik hati dan suka membantu ketika perlu. Tidak lokek kalau dia ada dan tak pernah tunjuk rasa gundah di hati. Suka berjenaka dan mudah tertawa. Ya Allah golongkan la arwah ditempat2 orang-orang yang beriman. Amin.
Memang kehidupan terpaksa diteruskan tapi adakah kita bersedia untuk menghadapinya dengan tabah. Buat renungan bersama adakah kita sudah puas berjasa pada keluarga atau kita sebenarnya leka dalam kehidupan kita sendiri. Adakah kita telah puas berada bersama mereka atau pun kita akan pasti kerinduan dan menyesal bila mereka tiada lagi.

Buat anak-anak semua adakah kita telah meluangkan masa yang secukupnya buat ibu bapa kita atau kita hanya menjalani kehidupan kita dan masa untuk mereka juga mengikut jadual kehidupan kita yg sentiasa berisi dengan activity semasa. Adakah tidak perlu kedua ibu bapa kita di masukkan bersama di dalam jadual kehidupkan kita kerna kita ada keluarga dan kehidupan sendiri maka kita hanya membina masa depan tanpa perlu ibu bapa kita berada didalamnya. Bagaimana pulak dengan saudara-saudara kita atau adik beradik kita adakah tak mengapa jika mereka tiada atau kehidupan masih boleh ditempuhi tanpa mereka-mereka semua. Apa yang pasti bagi saya selagi nyawa dikandung badan pastikan la kita luangkan masa buat semua yang berada dalam dunia kita dan kehidupan seharian kita balik kampung jumpa ibu ayah selalu berkumpul bersama2 adik beradik agar kita tidak akan terkilan jika mereka-mereka ini pergi tanpa pesan.

Kita tidak pernah akan tahu bila mana kita atau orang-orang yang berada bersama kita kan pergi buat selama-lamanya jadi sebelum Malaikat Maut datang menjemput maka selalu-selalu la luang kan masa bersama-sama mereka duit dan masa boleh kita cari dan gantikan tapi bila mana nyawa terpisah dari badan tiada apa yang kita boleh lakukan. Maha Suci Allah.


Al-Fathiha buat Shahbuddin dan Abah dan semua ahli-ahli keluarga kami dan juga semua umat islam


Presiden Club








No comments:

Post a Comment