Saturday, November 28, 2009

Sabtu 28th Nov 2009


Salam buat semua pembaca,

Hari ini merupakan hari yg tak berapa ceria buat saya, hari ini seperti hari sabtu yang lain dimana selalunya saya kena bekerja. Tapi oleh kerna semalam hari raya maka saya kepejabat terus dari kampung. Walaupun letih tapi tanggung jawab terpaksa dijalankan. Dari Kampung pagi tadi dalam pukul 6.45 dan dalam perjalanan saya terima satu panggilan, rakan dari office lama yang memberitahu bahawa rakan setugas saya ketika saya bekerja di SDV telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi ini jam 5.30 Innalilla amat terkejut saya mendengar berita itu dan tak dapat kita duga ajal dan maut seseorang SubhanAllah maha suci Allah yg menjadikan langit dan bumi.

Masih terngiang-ngiang gurau senda kami bersama teman-teman yang lain sebelum ini. Rakan saya ini masih muda dari segi umurnya baru mencecah 35 tahun agaknya. Mempunyai seorang isteri dan 3 anak lelaki . Baru minggu lepas hari jumaat masa itu hujan lebat beliau telah singgah di ofis saya dan kami macam biasa akan bercerita dan tak saya sangka itulah hari terakhir bagi kami untuk berbual bercerita bersama. Pada masa tu beliau bercerita tentang kehidupannya sekarang yang agak sukar kerna isterinya menghidapi penyakit darah tinggi yang kronik masalah jantung dan buah pinggang dan atas sebab itu isterinya terpaksa berhenti kerja. Beliau meminta jika saya ada kerja-kerja part time yang boleh dilakukan bagi menambah rezki menampung keluarga. Belum sempat saya membantu beliau pergi tanpa tanda. Isterinya yang sakit tapi dia yang di jemput dulu kembali oleh Allah subhanahuwataalah. Bertapa sukar kita menjangka apa akan berlaku pada kita esok hari nanti. maka manafaatkan la sebaik2 masa dan detik yg kita ada pada masa dan saat ini kita tak mungkin menjangkanya. Beliau semasa hayatnya seorang yg ceria dan disenangi rakan-rakan taulan walaupun selalu marah-marah tapi semua orang tahu yg beliau seorang yang baik hati dan suka membantu ketika perlu. Tidak lokek kalau dia ada dan tak pernah tunjuk rasa gundah di hati. Suka berjenaka dan mudah tertawa. Ya Allah golongkan la arwah ditempat2 orang-orang yang beriman. Amin.
Memang kehidupan terpaksa diteruskan tapi adakah kita bersedia untuk menghadapinya dengan tabah. Buat renungan bersama adakah kita sudah puas berjasa pada keluarga atau kita sebenarnya leka dalam kehidupan kita sendiri. Adakah kita telah puas berada bersama mereka atau pun kita akan pasti kerinduan dan menyesal bila mereka tiada lagi.

Buat anak-anak semua adakah kita telah meluangkan masa yang secukupnya buat ibu bapa kita atau kita hanya menjalani kehidupan kita dan masa untuk mereka juga mengikut jadual kehidupan kita yg sentiasa berisi dengan activity semasa. Adakah tidak perlu kedua ibu bapa kita di masukkan bersama di dalam jadual kehidupkan kita kerna kita ada keluarga dan kehidupan sendiri maka kita hanya membina masa depan tanpa perlu ibu bapa kita berada didalamnya. Bagaimana pulak dengan saudara-saudara kita atau adik beradik kita adakah tak mengapa jika mereka tiada atau kehidupan masih boleh ditempuhi tanpa mereka-mereka semua. Apa yang pasti bagi saya selagi nyawa dikandung badan pastikan la kita luangkan masa buat semua yang berada dalam dunia kita dan kehidupan seharian kita balik kampung jumpa ibu ayah selalu berkumpul bersama2 adik beradik agar kita tidak akan terkilan jika mereka-mereka ini pergi tanpa pesan.

Kita tidak pernah akan tahu bila mana kita atau orang-orang yang berada bersama kita kan pergi buat selama-lamanya jadi sebelum Malaikat Maut datang menjemput maka selalu-selalu la luang kan masa bersama-sama mereka duit dan masa boleh kita cari dan gantikan tapi bila mana nyawa terpisah dari badan tiada apa yang kita boleh lakukan. Maha Suci Allah.


Al-Fathiha buat Shahbuddin dan Abah dan semua ahli-ahli keluarga kami dan juga semua umat islam


Presiden Club








Wednesday, November 25, 2009

Da gorgeous Besday Girlz


Salam Bebey
Today adalah hari lahir bagi the youngest of us all Ms Nazeera bt Abd Razak, anak kecil yg comel yg membesar di mata saya sendiri. Cute as a baby and cutest as a teenager.
Seorang yang manja lemah lembut but still stand for her opinion that her all right. Luve u bebey.
Kami di Da Gorgeous mendoakan yang terbaik buat mu Endek semoga kehidupan yang di lalui penuh dengan semangat dan kehebatan yang Adek inginkan dan jadi la seorang anak yg di impikan oleh kedua-dua Mak dan baba. Be yourself bebe do not afraid to say aloud yr idea if u think it is right it is right then fight for what u believe.

Me always luve u bebey and be there whenever u need.......ciao Presiden club

Sunday, November 22, 2009

Salam Aidhil Adha



Salam Buat semua,





Selamat Aidhil adha la today ye walaupun dah nak habis raya nya tapi kira boleh jer la. Dan Selamat Hari jadi buat Pak jak aka Jurublog semuga panjang umur dan di rahmahti hendaknya. AMin ......... We Da gourgeous luve u 4ever

So di Da Gorgeous kita tulis pasal Juriblog jer la ya.


Pak Jak pak sedara yg paling muda dan kiranya paling cool la sbb jarak umur antara kami semua tak sejauh mana. Seorang yg berwawasan tetapi agak sensitive la jugak almaklum la yg bongsu. Tapi Pak Jak tak reti nak memanjakan diri so selalu la terasa hati bila perhatian tidak diberi. Tu saja jer nak buat citer walau apepun Terima kasih buat Pak Jak dan Mak Jak yg selama ini byk berjasa pada diri saya sendiri Presiden Club dan anak-anak sedara yg lain.


Masa zaman kami baru hendak menjalani kehidupan di kota Pak Jak la yg byk membantu dirumah Pak Jak la menjadi tumpuan bagi kami semua. Byk memori yg kami kongsi bersama kalau nak citer mau penuh blog nie dibuatnye tapi walau bagaimana pun WE LOVE U PAK JAK dan MAK JAK ..........................



Pak Jak sekuarga adalah ahli keluarga Mat2u yg paling jauh merantau di Bintulu berada walau jauh di mata tapi tak pernah lupa di hati..setiap activity keluarga seboleh2 kami nak Pak Jak sekuarga berada bersama. Plan di rancang mengikut waktu Pak Jak balik ke semenanjung walaupun kadang2 tak mampu nak mengikut jadual kepulangannya tapi seboleh2nya akan dituruti.

Pak Jak berjaya di perantauan dan Alhamdullilah kehidupan berjaya dah semakin dekat dicapai baik untuk Pak jak sekuarga dan lebih2 lagi buat kami semua.

Pak Jak memang mementingkan keluarga tercinta dan berada jauh diperantau mengajar erti kerinduan dan penghargaan. Hidup di jalani dengan lebih matang dan kasih sayang dari jauh kami sampaikan SELAMAT HARI LAHIR di ucapkan. Kasih sayang kami tidak dapat dibilang.

Sampai sini sahaja dari saya Presiden Club.

Monday, November 16, 2009

Sembang-Sembang


Salam semua,

Nampaknya blog keluarga Mat2u la la nie nie dah macam cuaca sekarang jer lembab sejuk maklum la musim banjir. Come on u guys it still not end of the world

Walau ape pun saya tetap cuba meluangkan sedikit masa saya utk berceloteh sbb rase2 masih ade lagi pembaca2 yg berminat utk masuk ke blog kita dari masa ke semasa.

Walaupun takde ape nak di cerita saya akan mengomel cuma. Musim hujan baju tak kering byk org yg jatuh sakit demam la selsema la saya baru balik dari kmpg dah nak balik sini mak tak sihat la pulak nasib baik adik2 yg lain di kampung so boleh la bawak mak pegi klinik Alhamdulllilah demam biasa cuma. Daniel my nephew pun kena tonsil, Chu chu adek bongsu pulak kena muntah2 dan dyrea pd hari ini jugak so apa nak kata satu rumah sakit la hari ini. Ini baru betul2 monday swing.
Tapi yg lain2 kat kampug Alhamdullilah sihat, Atok masih boleh ketawa dan bercerita, Zahirah cam biase dan semakin cerdik nampaknya dah pandai nak bermain2 dengan sepupu2 sebaya.

Saya pulak pagi2 dah keluar dr rumah kat kampung hari ini balik ke sini nak kerja so a bite tired but still in a mood to write.

What else Juriblog ada kat KL sbb ade annual meeting company but saya still tak sempat nak jengah ye la keje byk so balik dah lewat tak sempat nak gee Puchong utk berjumpa.

T'shirt club tak dapat sambutan so what to do ..... i will think

Still thinking n thinking n thinking

no

no

no

idea

so ciao jer la dulu salam - Presiden Club

Thursday, November 12, 2009

Club T'Shirt

Salam Semua,

Another end of the week dah tiba so majlis pertunangan yg d tunggu masih dah semakin hampir. So kita org di D'Gorgeous dah finalize dgn T'shirt kita orang so harga yg di tetapkan adalah RM 25 per pcs dan ade 2 type satu ahli dan satu lagi non ahli tapi takde la contoh nya yg pasti sure vogue la sbb kita org yg pilih.

Color will be black round neck dan tulisan will be silver n gold. So sesiapa yg berminat sila berikan name tuan2 dan puan2 semua pd kita org.

Buat member club we will having lagi satu own t'shirt yg lain dgn warna pink with colar. Ni herga dlm Rm 30 so klau boleh the whole group ada sehelai baru gempak. yg dah kerja no hal la kan tapi yg masih sekolah tu harap2 mak ayah dapat la belikan la ya apa2 pun nanti kita bincang dan fikirkan.

So sesiapa yg berminat nak order sila hubungi saya Presiden Club atau Naib Presiden Ms. Sarah dan Secretary Club Ms. Maria.

Kita org akan try bagi contoh roughly t'shirt yg akan ditempah supaya sesiapa yg berminat ada idea camne rupa t'shirt tu tapi kena la tempah cepat2 sbb kita org dah nak order dah kat kedai.

Apa2 pun saya akan update lagi utk pengetahuan semua.

Ciao.....bebey Presiden Club

Wednesday, November 11, 2009

Panggilan Haji

Salam Buat Semua,

Rasanya lum terlambat lagi utk saya Presiden Club mengucapkan selamat berangkat buat Mak Unggal/Mak Cik/Pak Cik/Mak Mertua Awang ke tanah suci semoga selamat pergi dan selamat kembali kerna saya takdapat bertemu mereka2 yg tersayang sebelum mereka berangkat semalam. Maklum la byk kerja office yg perlu di siapkan dan bila masa dah agak lewat mlm rasa takut pulak nak drive jauh2 ye la sorang kan perempuan lak tu so demi memikirkan keselamatan diri saya doakan yg terbaik sahaja buat mereka dr jauh.

Akhirnya niat mereka dimakbulkan Allah jua Alhamdullillah memang rezki Allah yg beri. Masih ingat saya bagaimana sedihnya Mak Unggal sampai menitiskan airmata bila mana dia dapat tahu yg rakan taulan dah terima surat dr tabung haji memberitahu tentang confirmation penerbangan dan dia belum terima apa2 berita. Mak Unggal sedih sgt sebab Mak Unggal memang benar2 berharap yg dia akan dapat pergi kali ini dan Maha Suci Allah yg menjadikan kita semua termakbul jua kehendak Mak Unggal ibu tunggal yg telah membesarkan 2 org anak dan tidak pernah memikirkan utuk berkahwin lain setelah perginya suami tercinta demi sayangkan anak2.

Biar saya bercerita tentang Mak Unggal kali ini. Mak Unggal merupakan anak manja yg amat disayangi oleh Tok Abah dan Tok Long. Ini mungkin semasa kecil Mak Unggal terlalu fragile sbb tak berapa sihat masa kecilnya ade penyakit bengek (semput) kata org muo.
Kematian suami ketika anak2 masih kecil oleh itu segala kasih-sayang tertumpah pd kedua-dua anaknya cuma. Tapi satu kelebihan Mak Unggal dia suka menjaga anak2 sedara saya sendiri pernah tinggal dengan Mak Unggal lebih kurang setahun ada kut dah lama lupa. Selain saya Mak Unggal pernah jaga dr kecil Achuk anak mak cik, abang hafiz masa zaman sekolah smpai kerja dan ada juga anak sedara yg menumpang sekejap2 dirumahnya.

Mak Unggal pandai masak sambal dan buat biskut raya. Jintan Mak Unggal paling sedap sbb tak keras. Rasanya ranggup dan lemak manis dah lama tak rasa tau ye la zaman dah berlalu umur dah meningkat tua jadi tak larat lagi nak membuatnya. Ingat lagi saya masa kecik2 kalau bulan puasa mak akan pergi rumah Mak Unggal untuk buat biskut rasanya alah2 kongsi gitu so bila dah buat byk2 kuih mesti la letih panas kena api oven dulu2 dan bila dah berkumpul ramai2 pelbagai hal boleh jadi tau sbbnya ye la bau kuih dibakar menusuk hidung so selalunya kita org akan tak puasa semuanya ha ha berbuka beramai2 pastu Mak Unggal akan goreng ikan masin la ikan bilis ker ha ha jahilnya kami mase tu. Tapi pada saya ia tetap kenangan terindah dlm hidup walaupun boleh dibakar dlam api neraka kernanya.

Saya memang sayangkan Mak Unggal dan sedih juga rasenya bila memikirkan tak dapat bersalaman mengucapkan selamat jalan pada Mak Unggal kerna saya anggap Mak Unggal macam mak saya juga.

Semoga Mak Unggal/Mak Cik/ Pak Cik selamat di sana dan dapat menunaikan haji dengan sebaik-baik insya'ALLAH.

Sampai sini jer la ya

Salam - Presiden Club

Saturday, November 7, 2009

2012


Salam Semua,

It's another end of the week begitu cepat masa berlalu tup-tup Sheena dah nak kawen tup-tup As Muhid dah bersalin, syukur Alhamdullilah.

Begitu pesat Malaysia membangun begitu la juga keluarga mat2u kita ini dari generasi kedua kini kehebatan generasi ketiga pula akan tercipta. Maka sama2 la kita tunggu mereka meningkat dewasa nanti dan kita generasi kedua akan tua dan mati itu pasti bagi kita semua nanti.

Kalau di fikir2kan ia adalah sesuatu yg menyedihkan bila anak-anak membesar maka umur kita akan bertambah dan kematian semakin hampir menerjah. Macam cerita wayang yang baru ini Doomsday on 2012 bayangkan la jika ia benar2 berlaku. Apa la nasib kita semua nanti dimana anak-anak kita apa akan terjadi dengan keluarga kita adakah kita akan bertemu lagi di dunia ketika bumi terbelah dan laut bergelora. Adakah amalan kita sudah cukup buat kita menghadapinya atau ia sekelumit kuman cuma. Adakah kita telah maaf memaafi sesama kita atau sakit hati dibawa bersama. Adakah kedua ibubapa kita tahu yang kita sayangkan mereka atau adakah anak2 kita tahu yg mereka itu nyawa kita dan adakah adik beradik kita tahu yg kita sanggup melakukan apa saja demi kebahgiaan bersama........Bayangkan la bayangkan la
SubhanaAllah. Allahu akbar Allahu akbar


ha ha saja jer melayan perasaan bagi peringatan bersama.


So have a good weekend bebey Ciao


Presiden Club




Friday, November 6, 2009

Presiden Club


Salam Semua,

Rasanya agak lama saya tak berada di dalam ini rumah maklum sibuk sikit berkemas di tempat kerja baru.
Walau apapun saya akan cuba meluangkan masa saya nanti minggu depan sebab sekarang nie masih lagi sibuk dengan urusan pekerjaan.

Ini pun cuma curi-curi masa saya seketika.




Ciao bebey - Presiden Club